My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 4 October 2017

    Transformasi Pengangkutan Awam Negara Bukti Janji Kerajaan Ditepati



    Pernahkah kita merasai "nikmat" menaiki kenderaan awam pada eran 1990 an dahulu? Pastinya ingatan kita akan terimbau kepada kesesakan di dalam bas mini yang mana boleh dianggap sebagai "tin sardin" bergerak di mana ada diantara penumpang terpaksa berdiri di tangga bas dengan kepala, tangan dan kaki di dalam bas dan badan berada di luar bas.

    Mungkin ada yang tersenyum apabila mengimbau semula kenangan berkenaan. Bayangkan, kapasiti bas berkenaan mampu memuatkan kira-kira 20 hingga 30 orang, apabila tiba waktu puncak, muatan bas berkenaan boleh mencecah sehingga 40 hingga 50 orang pada satu-satu masa.

    Setelah beberapa tahun berkhidmat, akhirnya perkhidmatan bas mini ini menemui titik nokhtah pada 1 Julai 1998 serta digantikan dengan perkhidmatan bas Intrakota dan kemudiannya, Bas rapidKL pada tahun 2005.

    Namun, kerajaan melihat, perlunya ada satu badan yang mengawal selia perkhidmatan bas ini secara menyeluruh. Apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) ditubuhkan, antara sasaran awalnya adalah membaik pulih dan menguruskan perkhidmatan bas awam ini dengan lebih menyeluruh.

    Justeru, antara langkah pertama yang dilakukan SPAD adalah memastikan mutu perkhidmatan bas awam ini berada pada tahap optimum. Selain itu, tahap keselamatan serta kemahiran pemandu juga turut dititik beratkan. Malah, jadual perjalanan bas-bas awam ini juga turut dipantau oleh pihak SPAD bagi memastikan mutu perkhidmatan bas awam di negara ini mencapai standard yang dikehendaki.

    Hari ini, setelah 7 tahun berlalu, SPAD telah berjaya mempertingkatkan mutu perkhidmatan bas awam ini. Setakat Mac tahun ini, pihak SPAD menerusi bantuan daripada kerajaan telah berjaya menyediakan perkhidmatan bas awam terbaik di seluruh Lembah Klang dengan lebih 470 buah bas telah di tambah.

    Bagi Rapid KL sahaja, perkhidmatan mereka mencakupi lebih 179 buah laluan dengan menguruskan kira-kira 370 ribu orang penumpang setiap hari. Tidak cukup dengan itu, perkhidmatan bas awam ini juga turut menyediakan perkhidmatan pada kadar tambang yang cukup murah bagi mereka yang memerlukan bas bagi transit untuk MRT, LRT, KL Monorel dan sebagainya.

    Tidak terhenti setakat itu sahaja, selain daripada perkhidmatan bas Rapid KL, perkhidmatan bas rapid ini juga mencakupi beberapa bandar lain seperti Kamunting, Kuantan, Sunway dan Pulau Pinang. Ini semua bertujuan untuk memberikan perkhidmatan bas awam yang terbaik untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.

    Pada masa akan datang, perkhidmatan bas rapid ini akan diperluas ke bandar-bandar yang lain dan ianya akan memberikan satu mutu pengangkutan awam yang terbaik untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia pada masa yang akan datang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Transformasi Pengangkutan Awam Negara Bukti Janji Kerajaan Ditepati Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top