My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 9 August 2017

    5 Lagi 'Idaman' SPRM



    Lebih lima penjawat awam sebuah agensi kerajaaan akan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi membantu siasatan kes salah laku dan rasuah dalam masa terdekat. Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata, pihaknya akan menahan individu berkenaan menerusi operasi khas secara besar-besaran antara 20 dan 23 Ogos ini. 

    Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar individu akan ditahan dan jenis kesalahan yang dilakukan kakitangan agensi berkenaan. “Kami merancang strategi untuk melaksanakan operasi berkenaan dan siasatan terperinci (berhubung kes ini) masih dilakukan.

    “Ada lebih lima (individu) yang akan ditahan tetapi jumlah itu kurang daripada 10 orang. Mereka akan ditahan dan dikemukakan untuk pendakwaan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Kempen Mengibar Jalur Gemilang di Kompleks Pentabiran Kerajaaan Persekutuan Sabah, di sini, semalam. Majlis disempurnakan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani. Sazali berkata, pihaknya merujuk kepada Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan sudah mendapat kebenaran untuk melaksanakan operasi berkenaan. 

    “SPRM juga akan memanggil mana-mana pihak, (sama ada) isteri atau adik-beradik kepada individu berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya.

    Sebelum ini, SPRM Sabah memberitahu, dua agensi kerajaan negeri di Sabah kini berada di bawah radar pihaknya.

    Tanpa menamakan kedua-dua agensi terbabit, Sazali berkata, pihaknya mendapati ada asas untuk menjalankan siasatan berdasarkan kedudukan kedua-dua agensi itu yang menerima sejumlah peruntukan besar. Beliau berkata, siasatan turut membabitkan pegawai tinggi agensi terbabit.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 5 Lagi 'Idaman' SPRM Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top