• PANAS

    Wednesday, 9 August 2017

    Kanak-Kanak Tujuh Tahun Mangsa Terbaru Jangkitan Rabies



    Sarawak mencatatkan satu lagi kes jangkitan rabies apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dari Kampung Kuala, Gedong di Samarahan, disahkan positif virus itu semalam. 

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa keenam mempunyai sejarah digigit anjing pada 17 Jun lalu.

    Katanya, mangsa telah menerima tiga dos suntikan vaksin anti-rabies di Hospital Serian pada 21 Julai, 24 Julai dan 28 Julai, manakala dos keempat dijadualkan pada 4 Ogos lalu.

    “Bagaimanapun pada 1 Ogos lalu, kanak-kanak ini mula mengalami demam, batuk dan muntah lalu dimasukkan ke wad Hospital Serian. “Keadaan dia merosot dengan mengalami perubahan sikap dan halusinasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kanak-Kanak Tujuh Tahun Mangsa Terbaru Jangkitan Rabies Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top