• PANAS

    Tuesday, 8 August 2017

    Kota Raya Chicago Saman Trump



    Kota raya Chicago mengemukakan saman terhadap pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam susulan ugutan White House mahu menyekat peruntukan keselamatan awam kepada bandar-bandar di AS yang didapati melindungi pendatang tanpa izin, kata Datuk Bandar Chicago, Rahm Emanuel. 

    Saman persekutuan itu dibuat kurang dua minggu selepas Peguam Negara, Jeff Sessions mengumumkan bahawa Jabatan Keadilan akan menyekat bandar-bandar di AS daripada melaksanakan program tertentu melainkan akses tanpa had diberikan kepada pihak berkuasa imigresen untuk memeriksa penjara tempatan.

    Pentadbiran tempatan juga perlu memberi notis 48 jam sebelum membebaskan sesiapa sahaja yang dikehendaki kerana melanggar undang-undang imigre­sen. “ Bandar Raya Chicago tidak akan membiarkan anggota polis kita menjadi mangsa kepada percaturan politik.

    “Chicago juga tidak akan membenarkan hak asasi warga kota dipinggirkan atau diceroboh. “Chicago juga tidak akan melepaskan status kami sebagai bandar yang mesra (imigran),” kata Emanuel pada satu sidang akhbar.

    Peruntukan itu yang dikenali sebagai Geran Bantuan Keadilan Memorial Edward Byrne, menyalurkan wang kepada beratus-ratus bandar di AS bagi menambah baik keselamatan awam, manakala pentadbiran Trump meminta dana berjumlah AS$380 juta (RM1,600) untuk pembiayaan pada tahun depan.

    Chicago sebelum ini kerap menjadi sasaran Trump kerana kes pembunuhan yang tinggi di kota metropolitan itu. Kota raya tersebut dijangka menerima peruntukan sebanyak AS$3.2 juta (RM13.7 juta) tahun ini bagi membeli peralatan keselamatan.

    Di bawah pentadbiran Trump kerajaan persekutuan bertindak ‘menggempur’ bandar-bandar yang didapati menawarkan perlindungan kepada golongan imigran tanpa izin dengan cara menolak untuk menggunakan sumber sendiri bagi menguatkuasakan undang-undang imigresen AS.

    Berpuluh-puluh pentadbiran tempatan termasuk New York, Los Angeles dan Chicago bersetuju memberi perlindungan kepada imigran sekali gus menolak dasar imigresen White House.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kota Raya Chicago Saman Trump Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top