My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 8 August 2017

    Ah Long Bersembunyi Di Thailand



    Beberapa ahli sindiket ah long yang bagai cacing kepanasan selepas diburu polis menyebabkan ramai dalam kalangan mereka cuba melarikan diri ke Thailand untuk mencari lokasi persembunyian. 

    Bagaimanapun, niat sekumpulan ah long berkenaan terbantut apabila lima daripada mereka yang cuba melepasi sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 2 Ogos lalu berjaya ditangkap.

    Kelima-lima ah long berkenaan dipercayai sebahagian daripada ah long lain yang cuba mengelakkan diri daripada dicekup dalam Ops Vulture yang dilancarkan pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bermula 31 Julai hingga 3 Ogos lalu.

    Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi JSJK Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Sakri Arifin berkata, salah seorang daripada kelima-lima ah long yang ditahan di sempadan Malaysia-Thailand itu merupakan ketua kepada salah satu daripada empat sindiket ah long yang ditumpaskan sepanjang empat hari Ops Vulture berlangsung.

    Menurut beliau, kumpulan lima lelaki itu juga merupakan sebahagian daripada 29 individu termasuk dua wanita yang terlibat dengan empat sindiket ah long yang ditahan dalam Ops Vulture yang dilancarkan serentak di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. 

    “Kesemua yang ditahan berusia 18 sehingga 41 tahun dan mereka menganggotai empat sindiket ah long yang beroperasi di Johor Bahru sejak beberapa tahun lalu tetapi giat mencari pasaran dan pelanggan di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di Menara 238 di Jalan Tun Razak di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ah Long Bersembunyi Di Thailand Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top