My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 8 August 2017

    Gajah Pygmy Betina Mati Ditembak



    Seekor gajah Pygmy Borneo atau dikenali sebagai gajah kerdil me­nemui ajal dalam keadaan menyayat hati dengan beberapa kesan tembakan disyaki dilakukan oleh pemburu haram berhampiran Hutan Simpan Ulu-Segama di Kinabatangan semalam. 

    Gajah betina dianggarkan berusia 10 tahun itu terlebih dulu ditemui dalam keadaan masih hidup oleh sekumpulan pekerja ladang kira-kira pukul 7 pagi pada Jumaat lalu, sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

    Sekumpulan pegawai dari pasukan veterina Unit Perlindungan Hidupan Liar (WRU) kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian, namun gagal menyelamatkan haiwan tersebut.

    Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, pegawai­nya bersama doktor haiwan telah dihantar ke lokasi untuk menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti punca sebenar kematian gajah tersebut. 

    “Masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada gajah Pygmy Borneo itu mati tertembak atau ditembak de­ngan sengaja oleh pemburu haram. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan awal telah menemui tiga kesan tembakan pada kepala, perut dan pinggang,” katanya di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gajah Pygmy Betina Mati Ditembak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top