My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 8 August 2017

    PPM Sarawak Komited Banteras Pembalakan Haram



    Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak komited dalam usaha membanteras kegiatan pembalakan haram di negeri ini. Komandernya, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, biarpun statistik menunjukkan penurunan tetapi kegiatan itu masih berlaku dan perlu ditangani segera. 

    Menurut beliau, pihaknya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk menjalankan operasi bersepadu di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pembalak haram. "Sungai Batang Rejang, Sibu, Song, Kapit dan Sarikei antara yang menjadi tumpuan pembalak menjalankan kegiatan haram. 

    "Ini berikutan kawasan yang terpencil dan memudahkan mereka menyorok serta menunda kayu-kayu balak ke kawasan kilang atau hilir sungai," katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan PPM Wilayah Lima di sini sebentar tadi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PPM Sarawak Komited Banteras Pembalakan Haram Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top