My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 8 August 2017

    Berapa Banyak Sebenarnya Tempat Kelahiran Lim Kit Siang?


    Ketika ramai yang memperkatakan tentang bagaimana Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad memanipulasikan keturunannya, timbul pula isu baru tentang tempat kelahiran sebenar Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang.

    Menerusi semakan bulan lalu di laman Wikipedia, Lim Kit Siang lahir pada 20 Februari 1941 di Zhangzhou, Daerah Fujian, China. Menerusi beberapa semakan yang dilakukan, dia hanya berhijrah ke Malaya pada usia 16 tahun iaitu sekitar tahun 1957 sewaktu Malaya sedang bersiap sedia untuk meraikan detik kemerdekaan dari penjajah British.

    Pada ketika itu, menurut pembacaan, sesiapa sahaja yang menetap di negara ini sebelum merdeka, mereka akan mendapat taraf kerakyatan negara ini dan oleh kerana ibu dan bapa Lim Kit Siang berhijrah ke Malaysia sebelum 31 Ogos 1957, dia secara automatiknya mendapat taraf kewarganegaraan.

    Namun begitu, terdapat beberapa versi tentang tempat kelahiran Lim Kit Siang. Semasa bertanding di Melaka pada tahun 1969, sejarah pernah menulis bahawa Lim Kit Siang mengakui dirinya lahir di Melaka pada tarikh yang tertera di laman web Wikipedia.

    Menariknya, tempat kelahiran Kit Siang sekali lagi berubah apabila dia bertanding di Parlimen tanjong di Pulau Pinang apabila mendakwa dirinya merupakan anak jati Pulau Pinang. Hal yang sama sekali lagi berlaku baru-baru ini apabila semakan terbaru di laman web Wikipedia mendapati, tempat kelahiran Lim Kit Siang berubah dari Pulau Pinang ke Batu Pahat, Johor.

    Melihat kepada 3 tempat yang didakwa Kit Siang sebagai tanah kelahirannya, timbul persoalan, di manakah sebenarnya tempat kelahiran Kit Siang? Sehingga hari ini, hanya anaknya, Lim Guan Eng sahaja yang diketahui dilahirkan di Melaka manakala lokasi sebenar kelahiran Kit Siang kekal misteri sehingga kini.

    Malah, Kit Siang juga dilihat naik berang apabila seorang wartawan cuba menanyakan tempat sebenar kelahirannya. Seperti biasa, Kit Siang pastinya enggan menerangkan tanah kelahiran sebenarnya atas beberapa perkara yang mungkin mengakibatkan dia kehilangan sokongan politik.

    Namun, jika Kit Siang benar-benar jujur, dia boleh sahaja memberitahu lokasi sebenar tempat kelahirannya tanpa perlu menyuruh mana-mana pihak mengubah suai tempat kelahirannya atau menampakkan kemarahan apabila ditanya tentang persoalan ini. Itupun jika Lim Kit Siang masih berpegang teguh pada prinsip kebenaran seperti yang kerap kali dilaungkannya.

    Andai tidak, penerangan Wikipedia sebelum ini mengenai tempat sebenar kelahiran Kit Siang wajar dipertahankan dan bolehlah dianggap bahawa Lim Kit Siang bukanlah anak kelahiran Malaysia seperti mana didakwanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Berapa Banyak Sebenarnya Tempat Kelahiran Lim Kit Siang? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top