My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 10 August 2017

    Malaysia Bincang Penyertaan Iran, Sri Lanka Dalam FTA



    Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) terus melaksanakan langkah kerjasama perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara asing dengan menjangkakan Iran dan Sri Lanka sebagai negara baru pada masa akan datang. 

    Malah, dari segi perjanjian perdagangan serantau iaitu Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP) yang membabitkan anggota negara ASEAN dan enam rakan dagangan iaitu China, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand serta Australia sudah melalui pusingan ke-19 rundingan. 

    Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, selain itu, Malaysia juga masih menaruh harapan Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA) dapat dilaksanakan meskipun peneraju perjanjian berkenaan, Amerika Syarikat memutuskan untuk tidak meneruskannya selepas pelantikan Presiden Donald Trump.

    Beliau berkata, perkembangan lain mengenai TPPA, ketika ini negara anggota yang menyertainya masih meneruskan rundingan dan mencari kaedah atau alternatif untuk membolehkan keputusan sepakat dapat dimuktamadkan.

    “TPPA masih relevan yang kita berharap ia dapat dilaksanakan berikutan sebelum ini kita memperuntukkan masa yang panjang serta melabur wang untuk memastikan perjanjian ini dapat dilaksanakan dan perbincangan seterusnya diadakan pada bulan ini di Australia.

    “Dari segi FTA, Iran dan Sri Lanka, kita sedang bekerja rapat dengan mereka dari segi rundingan pada tahun ini dan saya tidak rasakan ia dapat dimuktamadkan pada tahun ini kerana perkara itu perlu mengambil masa untuk dipersetujui kedua-dua pihak,” katanya selepas menghadiri Hari Eksport Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), di sini, semalam.

    Pada program berkenaan yang menjadi satu daripada agenda sambutan Hari ASEAN, baru-baru ini, lebih 1,000 PKS tempatan menyertainya bagi memberi pendedahan kepada golongan berkenaan mengenai potensi pasaran di rantau itu.

    Sementara itu, sempena program berkenaan, Mustapa berkata, pihaknya mengkategorikan dua kumpulan usahawan iaitu golongan yang mempunyai produk tetapi masih belum mengeksport dan kedua, golongan yang sudah mengeksport untuk mengadakan sesi perbincangan dengan agensi dibawah kementeriannya sekali setiap bulan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malaysia Bincang Penyertaan Iran, Sri Lanka Dalam FTA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top