My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 11 August 2017

    Menuju Airport 4.0



    Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kini bersedia menuju ke arah pendigitalan bagi operasi lapangan terbangnya dan berada pada landasan tepat bagi Airport 4.0. 

    Ketua Pegawai Operasi MAHB Azli Mohamed berkata, pendigitalan operasi lapangan terbang itu dilaksanakan dalam empat keutamaan strategik yang digariskan dalam pelan perniagaan lima tahun dikenali Runway to Success 2020 (RtS2020).

    Beliau berkata, empat keutamaan itu ialah menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab pilihan utama di ASEAN, meningkatkan keseluruhan pengalaman lapangan terbang bagi semua pemegang kepentingannya, membangunkan Aeropolis dan memperluaskan kehadirannya pada peringkat antarabangsa.

    “Sebagai konglomerat bertanggungjawab mengendalikan lapangan terbang di Malaysia, MAHB sentiasa bersedia menuju ke arah Airport 4.0 dan memperkukuhkan segmen digital.

    “Setakat ini, kami mempunyai tiga pihak utama yang akan bekerjasama dalam merealisasikan visi mengubah operasi lapangan terbang tradisional kepada digital,” katanya pada sidang media SAP Malaysia sempena Persidangan Kemuncak Inovasi SAP, di sini, semalam.

    Hadir sama, Pengarah Urusan SAP Malaysia Terrence Yong serta Ketua Penganalisis dan Prospek SAP Asia Tenggara Kathleen Muller. MAHB setakat ini mengendali dan menguruskan 39 lapangan terbang di Malaysia iaitu lima antarabangsa, 16 domestik dan 18 lapangan udara dan pendaratan serta sebuah lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turki.

    Syarikat itu turut menyediakan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang serta perkhidmatan teknikal bagi pembangunan, operasi dan penyelenggaraan lapangan terbang antarabangsa di luar negara. Azli berkata, proses berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat memandangkan ia perlu diintegrasikan dengan kerjasama pelbagai agensi seperti pengendali syarikat penerbangan. 

    “Kami berharap dapat meningkatkan pengalaman pengguna lapangan terbang dengan lebih baik seperti mengurangkan tempoh masa enam minit sebelum memasuki pintu berlepas menjadi kurang dari tiga minit,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Menuju Airport 4.0 Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top