My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 11 August 2017

    Nissan Pulsar Curi Tumpuan



    Model Pulsar dalam keluarga Nissan sememangnya amat tenggelam berbanding model lain. Model pertama Pulsar jenis EXA (N12) ini dilancarkan di pasaran dunia pada 1982 hinggalah 1986 sebelum ia diteruskan dengan varian kedua EXA (N13) sehingga 1990. 

    Penulis percaya di Malaysia terutama generasi terkini, pasti ramai yang tidak mengetahui kewujudannya hinggalah ia dipamerkan di acara permotoran terbesar Malaysia, Art Of Speed (AOS) yang berlangsung selama dua hari di MAEPS Serdang, Selangor pada 29 dan 30 Julai lalu. 

    Kemunculan pertamanya ternyata mencuri tumpuan ramai dan juri apabila ia dipilih memenangi kategori Best 80’s. Jentera milik Ir Mohd Hafiz Ibrahim, 38, ternyata menarik perhatian umum berikutan bukan sahaja unik, malah gaya per­sembahan yang dipamer seolah-olah Nissan Show Room ternyata turut menarik perhatian juri.

    Jentera yang masih mengekalkan enjin asal bersesaran 1,500cc menggunakan karburator Mitsubishi dengan custom intake. Selain itu blok enjin dimodifikasi dan disumbat omboh GA16 manakala enjin melalui proses ‘port and polish’.

    Sistem kuasa terus dipertingkat apabila kotak gear turut dinaik taraf dan dibantu dengan sistem ekzos kustom saluran terus. Menjengah ruangan dalaman jentera pula, tampak kemas dan bergaya apabila papan pemuka dan meter kelajuan masih kekal asal, namun pemasangan kerusi Z32 (kerusi elektrik) memberikan sedikit kelainan.

    Sudut luaran paling mencuri tumpuan apabila rekaan asalnya masih terserlah dan mengekalkan pelbagai komponen asli yang dijaga rapi. Dipersembahkan pada umum dengan lampu Auto Flip terbuka sememangnya menarik perhatian ramai terutama penggemar jentera sebegini dan peminat Toyota AE86 kerana rupanya mirip bila dipamerkan dalam keadaan sedemikian rupa.

    Jentera ini masih mengekalkan pelbagai komponen asal yang lain seperti logo, bumbung suria, lampu, but hadapan dan sebagainya. Namun kacukan kit badan sisi (side skirt) dari AE86 dan Spoiler AW11 menampakkan jentera sedikit berbeza. Imej jentera ini terus terserlah sebagai retro apabila ia dipadankan dengan rim Jepin 14 inci Okomoto Racing dengan padanan tayar Achilies 123.

    Jentera Merah Hitam yang direstorasi dan dimodifikasi sendiri oleh pemilik ini ternyata menggamit kenangan umum berikutan ia sukar ditemui apatah lagi dijaga dalam keadaan baik dan bergaya. 

    Menurut pemilik, dia langsung tidak menjangkakan kemenangan terbabit dan kejayaan itu membangkitkan lagi semangatnya untuk terus memelihara jentera lama kerana baginya ia adalah kesenian yang perlu ditonjolkan kepada umum dan tidak harus ditelan zaman.

    INFO NISSAN PULSAR EXA (N12) 1983

    • Enjin E15 1,500cc
    • Piston GA16
    • Port and polish
    • Ekzos kustom saluran terus
    • Z32 kerusi elektrik
    • Lampu flip up
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nissan Pulsar Curi Tumpuan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top