My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 4 August 2017

    Padah Rakam Pelanggan Mandi



    Perbuatan seorang pengusaha inap desa merakamkan gambar lapan sekeluarga yang juga pelanggannya sedang mandi dalam keadaan bogel dengan menggunakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mini menerima padah apabila dia didenda RM10,000 di Mahkamah Majistret di sini semalam. 

    Majistret Siti Salwa Ja'afar menjatuhkan hukuman tersebut selepas Lim Lai Heng, 45, mengaku bersalah merakamkan gambar lima wanita dan tiga lelaki di sebuah inap desa dua tingkat miliknya tiga tahun lalu. Perbuatan itu dilakukan oleh tertuduh di Ipoh Garden Homestay, Taman Canning di sini antara pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam pada 27 Julai 2014.

    Mengikut lapan pertuduhan yang dihadapinya, Lai Heng didakwa sengaja merakamkan gambar lapan sekeluarga ber­usia dalam lingkungan 17 hingga 53 tahun sedang mandi. Dia didakwa menggunakan CCTV mini yang dipasang di dalam bilik air tingkat atas rumah inap desa tersebut untuk merakamkan gambar tersebut.

    Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Azriah Zaid manakala tertuduh diwakili peguam bela, Dexter Mah.

    Siti Salwa dalam keputusannya menetapkan denda sebanyak RM8,000 dan enam bulan penjara sekiranya dia gagal membayar denda yang ditetapkan bagi enam pertuduhan yang membabitkan enam orang mangsa.

    Bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan, Lai Heng dihukum denda sebanyak RM2,000 dan enam bulan penjara jika gagal membayar jumlah denda itu. Tertuduh bagaimanapun membayar denda yang ditetapkan oleh mahkamah. Sebelum ini tertuduh telah didakwa pada 1 Oktober 2014 di Mahkamah Majistret Ipoh sebelum dibebaskan dan dilepaskan pada 25 November tahun lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Padah Rakam Pelanggan Mandi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top