My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 4 August 2017

    Tuntut Cerai Kerana Burung



    Burung merpati dianggap simbol global bagi keamanan. Tetapi ia bertentangan dengan pendapat wanita di Purbalingga, Jawa Tengah. Burung berkenaan dikatakan menjadi punca menyebabkan puluhan rumahtangga di daerah itu runtuh. 

    Suami di Purbalingga dituduh mengabaikan isteri mereka kerana terlalu asyik dan sibuk terhadap burung berkenaan. Kesannya, puluhan wanita memfailkan tuntutan cerai. Pada Julai sahaja, Mahkamah Syariah Purbalingga mencatatkan lebih 90 tuntutan cerai, berbanding hanya 13 pada bulan sebelum itu.

    “Kebanyakan mereka menuntut cerai atas alasan ekonomi kerana suami mereka terlalu asyik memberi perhatian kepada burung itu, termasuk mengambil bahagian dalam perlumbaan merpati,” kata kerani mahkamah, Nur Aflah, kelmarin.

    Menurutnya, wanita berkenaan bosan dengan tabiat suami yang menghabiskan masa sepanjang hari bermain dengan burung dengan rakan mereka sehingga tidak ada masa untuk keluarga. Di Purbalingga, kebanyakan wanita bekerja sementara lelaki menganggur. Mereka akhirnya menjadi ‘juruterbang.’ Tetapi mereka bukan terbangkan pesawat, sebaliknya terbangkan burung merpati,” kata Nur.

    Mahkamah memohon kerjasama pejabat pentadbiran dan ulama tempatan membantu menyedarkan lelaki yang terbabit dalam kegiatan itu dengan harapan ia dapat mengurangkan kadar perceraian. “Mereka yang ketagih dengan burung merpati akan berkumpul di sawah dari 10 pagi dan pulang ke rumah lewat petang, tanpa mengira cuaca panas,” kata seorang penduduk, Tarwanto.

    Menurutnya mereka juga bertaruh dalam perlumbaan burung itu sehingga menjejaskan keadaan kewangan keluarga. Fenomena sama berlaku di Banyumas, juga di Jawa Tengah. “Burung itu yang pertama diberi perhatian apabila mereka bangun pagi. Pada jam 10, mereka akan keluar berkumpul di sawah, bermain dengan burung itu,” kata Sartini, 35, antara isteri seorang peminat burung berkenaan. 

    Menurutnya, walaupun suaminya ada memberinya wang yang dimenanginya dalam perlumbaan, hakikatnya, lelaki itu yang lebih banyak meminta wang daripadanya untuk membeli rokok.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tuntut Cerai Kerana Burung Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top