My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 3 August 2017

    Pameran Hartanah MyRumah Kongsi Maklumat Keselamatan Kediaman



    Pameran Hartanah MyRumah anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd di Aman Central Mall, Alor Setar, Kedah dari 4 hingga 6 Ogos ini bakal mengadakan perkongsian maklumat kepada orang ramai mengenai isu keselamatan kediaman. 

    Sesi perkongsian maklumat berkenaan diadakan oleh sebuah organisasi bukan keuntungan, The Giving Bank berikutan terdapat pelbagai laporan mengenai kebakaran kediaman yang berlaku di negara ini.

    Perkara itu akan disampaikan Pengarah Perhubungan The Giving Bank, Faiket Luari yang bakal membincangkan cara mempersiap dan melengkapkan diri untuk mencegah kerugian serta kerosakan harta benda dan yang paling penting, nyawa seseorang yang mendiami kediaman orang ramai.

    Isu itu diketengahkan berikutan pendedahan muka depan akhbar BH pada 17 Julai lalu mengenai sekurang-kurangnya 47 pangsapuri dan kondominium yang berisiko tinggi berlaku kebakaran adalah sesuatu yang perlu diambil serius oleh semua pihak yang berkepentingan.

    Dalam artikel sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melaporkan sebanyak 10 peratus daripada jumlah 2,904 kes kebakaran sepanjang Januari hingga Jun tahun ini membabitkan bangunan kediaman tinggi.

    “Dengan purata lebih 5,000 insiden kebakaran direkodkan di seluruh negara setiap tahun dan lebih separuh jumlah berkenaan berpunca daripada kebakaran di kediaman dan amat perlu setiap penghuni atau pemilik kediaman mengetahui perkara asas pencegahan kebakaran serta pengurusan keselamatan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pameran Hartanah MyRumah Kongsi Maklumat Keselamatan Kediaman Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top