• PANAS

    Friday, 4 August 2017

    Sepatutnya Air Asia Yang Perlu Dipersoal Bukan Malindo Air



    Industri penerbangan negara sebenarnya tidaklah sebesar mana. Di Malaysia hari ini, selain daripada Malaysia Airlines Berhad (MAB), Air Asia dan Malindo Air adalah dua penerbangan yang dikategorikan sebagai syarikat tambang murah yang menambah variasi terhadap penerbangan awam di negara ini.

    Namun tidak ramai yang menyedari bahawa wujud sedikit konflik antara ketiga-tiga penerbangan komersil ini. Manakan tidak, Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun secara tiba-tiba menyerang Malindo Air dengan mendakwa syarikat berkenaan tidak layak beroperasi di KLIA disebabkan oleh status syarikat berkenaan.

    Memang agak menghairankan, kenapa perkara ini timbul secara tiba-tiba. Bagi mereka yang tidak memahami duduk sebenar perkara ini, Malindo Air berkongsi operasi mereka di KLIA bersama-sama MAB manakala Air Asia pula menopoli sepenuhnya KLIA 2 tanpa ada sebarang pesaing. Persoalannya, apa sebenarnya yang berlaku?

    Sebelum Malindo Air beroperasi di KLIA, syarikat berkenaan membuka terminal mereka di KLIA 2 bersama-sama Air Asia. Malah, Malindo Air juga ada membuka kaunter tiket mereka di KLIA 2 bagi memudahkan mereka yang ingin membeli tiket secara terus selain daripada membeli secara dalam talian.

    Namun begitu, secara tiba-tiba Malindo Air "diusir" keluar dari KLIA 2 disebabkan keinginan kuat oleh Air Asia yang mahu menguasai sepenuhnya KLIA 2 atas alasan syarikat berkenaan memonopoli industri penerbangan tambang murah negara. Mungkin atas sebab itulah, Malindo Air terpaksa berpindah operasi dari KLIA 2 ke KLIA.

    Untuk rekod, Malindo Air telah di endorsekan oleh Kabinet pada Mac 2013 dengan menyediakan tempat ekonomi dan bisnes, sama seperti apa yang dilakukan oleh MAB terhadap semua penerbangannya.

    Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Malindo Air merupakan sebuah syarikat yang menggabungkan nama Malaysia dan Indonesia dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri mengilhamkan nama berkenaan semasa merasmikan operasi penuh syarikat ini pada 2013.

    Ianya adalah signifikan terhadap usaha mengeratkan kerjasama antara 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura atas hasil kerjasama antara National Aerospace and Defense Industries (NADI) yang menguasai 51 peratus saham syarikat dan gabungan Malaysia, Lion Air, Singapura dan  Indonesia menguasai 49 peratus saham.

    Melihat kepada latar belakang syarikat ini, ingin ditanyakan kepada Khairul Azwan dan Perkasa, kenapa  menganak tirikan Malindo Air? Adakah mereka tidak menyedari bahawa wang yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk membina KLIA 2 itu kini sudah dijadikan "hak milik" Air Asia sehingga bertindak mengusir keluar Malindo Air keluar dari KLIA 2?

    Jika Khairul Azwan merasakan Malindo Air mendatangkan ancaman besar terhadap MAB, ingin ditanyakan kepadanya, adakah Air Asia begitu bersih cita-citanya? Menurut beberapa sumber di KLIA dan MAB sendiri, Malindo Air tidak pernah mengancam kewujudan MAB. Malah, kewujudan Malindo Air adalah sama seperti penyedia perkhidmatan pengangkutan udara yang lain seperti Qatar Airways dan sebagainya.

    Menurut sumber itu lagi, operasi MAB sebenarnya mula terjejas apabila Air Asia sendiri melaksanakan cara perniagaan yang begitu agresif sehinggakan pada satu ketika, sewaktu Air Asia berkongsi hub mereka dengan MAB di KLIA, apa sahaja rangka promosi MAB seolah-olah digagalkan oleh Air Asia dengan tawaran yang dianggap tidak masuk akal.

    Dalam hal ini, Khairul Azwan Harun dan PERKASA perlu mengkaji terlebih dahulu duduk sebenar perkara ini sebelum mengeluarkan kenyataan. Konflik antara MAB, Air Asia dan Malindo bukan hanya terletak kepada KLIA mahupun KLIA 2. Ianya membabitkan begitu banyak permasalahan yang cuba ditimbulkan oleh mereka yang ingin memonopoli sepenuhnya industri penerbangan awam negara.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sepatutnya Air Asia Yang Perlu Dipersoal Bukan Malindo Air Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top