My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 1 August 2017

    ‘Tiada Alasan Simpan Pemain’



    PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi jaminan bahawa persiapan skuad bawah 22 tahun (B-22) negara bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) akan berjalan lancar. 

    Pasukan negeri sudah tiada alasan lagi untuk ‘menyimpan’ pemain mereka kerana saingan Liga Malaysia (Liga M) akan dihentikan seketika bermula 5 Ogos ini sehingga selesai KL2017. Sebelum ini, jurulatih skuad B-22 negara berdepan masalah untuk mengumpul pemain kerana sebahagian daripada mereka tidak mendapat pelepasan daripada pasukan masing-masing.

    Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin, pasukan negeri sudah tidak ada alasan lagi untuk ‘menyimpan’ pemain-pemain mereka bagi menyertai latihan pusat memandangkan saingan Liga M yang akan berehat seketika bermula 5 Ogos ini.

    “Latihan pusat skuad B-22 akan bermula pada 6 Ogos, sehari selepas aksi terakhir Liga Super dihentikan dan pemain-pemain pilihan Kim Swee yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat pasti tidak mempunyai masalah untuk melapor diri pada tarikh tersebut.

    "Kita memberi keutamaan terhadap persediaan menghadapi Sukan SEA dalam usaha merampas ‘ibu emas’ pada temasya sukan dwitahunan itu. Situasi ini turut melibatkan enam pemain yang tidak dilepaskan pada kempen kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok, Thailand baru-baru ini,” jelas Hamidin semalam.

    Sebelum ini, persiapan skuad B-22 negara agak terganggu apabila beberapa pasukan seperti Pulau Pinang, Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berkeras untuk tidak melepaskan pemain mereka susulan pertindihan jadual dengan aksi domestik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘Tiada Alasan Simpan Pemain’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top