My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 1 August 2017

    Itu Perisytiharan Perang!



    Arab Saudi menganggap desakan Qatar supaya ibadah haji diantarabangsakan sebagai perisytiharan perang terhadap negara itu. 

    Bercakap kepada stesen televisyen Al Arabiya dan Al Hadath selepas mesyuarat menteri luar empat negara Arab yang memulaukan Qatar, Menteri Luar Saudi, Adel Al-Juber berkata: “Desakan Qatar supaya mengantarabangsakan kawasan suci adalah bersifat agresif dan satu perisytiharan perang terhadap Arab Saudi.

    “Kami berhak untuk bertindak balas terhadap sesiapa yang bekerjasama untuk mengantarabangsakan kawasan suci (Makkah dan Madinah.)”

    Bagaimanapun, di Doha, Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammmed bin Abdulrahman al-Thani berkata, tidak ada pegawai negaranya yang membuat gesaan seumpama itu. “Kami bosan dan letih bertindak balas terhadap maklumat dan cerita palsu yang direka,” kata Shiekh Mohammed kepada stesen televisyen Al Jazeera.

    Qatar bagaimanapun ada menuduh Arab Saudi mempolitikkan haji dan melaporkan kepada jawatankuasa khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai kebebasan beragama untuk menyuarakan kebimbangan mengenai halangan yang dihadapi rakyat negara itu bagi menunaikan ibadah berkenaan tahun ini.

    Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain sebelum ini mengeluarkan senarai 13 tuntutan untuk dipatuhi Qatar sebelum dialog dapat diadakan untuk mengakhiri pemulauan ke atasnya. Antara tuntutan itu ialah Qatar perlu menghentikan sokongan terhadap Ikhwanul Muslimin dan menutup stesen berita satelit yang berpejabat di Doha, Al Jazeera.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Itu Perisytiharan Perang! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top