My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 1 August 2017

    Pelancong Luar Melacur



    Polis Daerah Dang Wangi sentiasa melakukan pemantauan selain tidak pernah henti memberkas kumpulan wanita ‘kupu-kupu jalanan’ yang berkeliaran sekitar daerah ini. Difahamkan kebanyakan golongan pelacur yang bergerak bersendirian ini tidak dilindungi sindiket sebaliknya menyamar sebagai pelancong sepanjang berada di negara ini. 

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya kerap menjalankan serbuan dan operasi di kawasan yang di senarai hitam di bawah pentadbirannya membabitkan kegiatan pelacur bebas ini.

    “Berdasarkan rekod, seramai 508 pelacur wanita ditahan termasuk mereka yang bergerak secara bebas atau dikenali dengan gelaran ‘freelance’ di kawasan sekitar daerah Dang Wangi sepanjang tempoh tahun lalu.

    “Jumlah itu merangkumi pelacur warga tempatan dan asing yang dicekup dalam pelbagai operasi dan rondaan dijalankan di kawasan dikenal pasti. Ini operasi bersepadu membabitkan agensi penguatkuasaan lain termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).

    Kami turut bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain termasuk JAWI yang berjaya menahan 38 pelacur bagi tempoh sama,” katanya.

    Mohd Sukri berkata, pihaknya menjalankan operasi secara konsisten di kawasan terbabit dalam usaha membersihkan imej ibu kota yang dianggap sebagai sarang pelacuran ‘popular’.

    “Ada banyak operasi yang dijalankan polis di peringkat daerah dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur termasuk Operasi Noda (Op Noda) yang dijalankan setiap minggu bagi membanteras kegiatan pelacuran,” katanya.

    Beliau berkata, usaha itu dilihat berkesan apabila kebanyakan kawasan yang dahulunya dipenuhi dengan pelacur tempatan dan asing, kini sudah semakin berkurangan berikutan serbuan kerap dijalankan di lokasi terbabit.

    “Sebagai lokasi yang mempunyai rekod kegiatan pelacuran yang tinggi sebelum ini, kami bertekad untuk menurunkan kadar kes dicatatkan dalam usaha memastikan kawasan itu bersih daripada sebarang aktiviti tidak bermoral.

    “Ini adalah selaras dengan matlamat kami untuk menjadikan kawasan sekitar Kuala Lumpur ‘bersih’ daripada kegiatan pelacuran dan sekali gus mengubah persepsi negatif masyarakat,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelancong Luar Melacur Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top