My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 1 August 2017

    Lari Selepas Dipukul



    Polis sedang menjejaki seorang lelaki dipercayai kurang siuman bagi membantu siasatan selepas dia dibelasah beberapa lelaki di hadapan bangunan KK Plaza, di sini, kerana cuba mengambil telefon bimbit pekerja di kawasan berkenaan sehingga video kejadian itu menjadi viral dalam laman media sosial sejak kelmarin. 

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, kes itu berlaku kira-kira jam 3 petang, Jumaat lalu, apabila mangsa dibelasah beberapa lelaki selepas dikatakan cuba mengambil telefon bimbit milik pekerja Pasar Besar Kota Kinabalu, di sini.

    “Sebelum kejadian, lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu masuk ke dalam bangunan KK Plaza tetapi dihalau oleh pihak keselamatan kerana dikatakan sering membuat kacau di dalam kompleks berkenaan.

    “Mangsa pergi ke Pasar Besar Kota Kinabalu dan dikatakan cuba mengambil sebuah telefon milik pekerja di situ menyebabkan dia dikejar oleh pekerja sebelum didakwa cuba melawan serta mengacukan gunting.

    “Lelaki terbabit dapat ditahan di hadapan bangunan KK Plaza dan ketika dipukul, beberapa saksi tidak nampak sebarang senjata dibawanya, hanya pekerja pasar sahaja memberitahu dia membawa gunting,” katanya, semalam.

    Chandra berkata, mangsa juga dikatakan dipukul dengan kayu serta batang besi dan dilihat mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelum beredar dari lokasi kejadian. Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu cuba mengesan lelaki terbabit di sekitar KK Plaza dan kawasan berhampiran namun tidak ditemui,” katanya.

    “Laporan polis sudah diterima dan siasatan masih diteruskan,” katanya yang menasihati orang awam khususnya penduduk di bandar raya ini supaya tidak bertindak di luar batas dan sentiasa mematuhi undang-undang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lari Selepas Dipukul Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top