My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 2 August 2017

    Unjuran RM42.8b



    Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) meletakkan sasaran untuk mencapai jumlah dagangan antara Malaysia dan Amerika Selatan mencecah AS$10 bilion (RM42.8 bilion) menjelang akhir tahun ini. 

    Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, jumlah dagangan antara kedua-dua negara adalah AS$5.4 bilion (RM23.1 bilion) dan pihaknya yakin dapat melepasi jumlah direkodkan tahun lalu.

    “Kami yakin jumlah dagangan antara Malaysia dan Amerika Selatan dapat mencapai pertumbuhan dua digit dan melebihi jumlah dicapai tahun lalu iaitu AS$7.9 bilion (RM33.8 bilion).

    “Ini kerana, semakin banyak syarikat tempatan mula mencari peluang mengembangkan operasi di negara berkenaan selain lebih banyak syarikat dari Amerika Selatan memulakan perniagaan di sini,” katanya pada sidang media sempena Hari Perniagaan Amerika Latin 2017 anjuran kementeriannya, di sini, semalam.

    Antara negara Amerika Selatan yang menyertai program berkenaan adalah Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Cuba, Ecuador, Mexico, Peru, Uruguay dan Venezuela.

    Menurutnya, setakat ini, Mexico adalah rakan eksport terbesar bagi Malaysia dalam kalangan negara Amerika Selatan dengan jumlah eksport Malaysia ke Mexico mencecah RM7.9 bilion pada 2016 dan RM4.16 bilion bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini. Selain itu, Mexico juga adalah pelabur terbesar dalam kalangan negara Amerika Selatan di Malaysia dengan jumlah RM135.7 juta. 

    Sebahagian besar pelaburan adalah dalam sektor pemprosesan makanan, farmaseutikal dan bahan kimia industri. “Jumlah pelaburan syarikat Malaysia di negara rantau berkenaan masih kecil dengan jumlah AS$1.9 bilion (RM8.13 bilion) sedangkan peluang yang ditawarkan sangat besar. 

    “Kementerian kini giat menjalankan pelbagai program bagi menggalakkan lebih banyak syarikat tempatan untuk menjalankan perniagaan di negara ini,” katanya.

    Dalam pada itu, Mustapa berkata, pihaknya juga sedang menjalankan beberapa siri perbincangan untuk mengadakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan lebih banyak negara Amerika Selatan, memandangkan ketika ini, hanya Chile saja negara yang mempunyai FTA dengan Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Unjuran RM42.8b Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top