My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 9 August 2017

    Wan Ariff Mahu Aliff 'Bersemuka'



    KEKASIH pelakon Afifah Nasir, Wan Ariff Wan Azhar meminta penyanyi Aliff Aziz bersemuka dengannya sekiranya tidak berpuas hati terhadap kenyataan yang dimuatnaik di Instagram hari ini. Wan Ariff bertindak mempertahankan pelakon drama Izinkan Aku Mencintaimu itu selepas Aliff mendakwa penjelasan Afifah pada sidang media, semalam sebagai mengarut. 

    Menerusi statusnya, Wan Ariff menegaskan mengetahui kandungan setiap mesej yang dibalas Afifah terhadap Alif yang turut membintangi drama terbabit. "Afifah berani sumpah menggunakan al-Quran dia tidak pernah menyimpan perasaan terhadap awak. Itu semua sebahagian daripada lakonan untuk melayan perangai awak yang kebudak-budakan.

    "Afifah menceritakan segalanya kepada saya tanpa perlu bertanya. Terus menafikannya, Allah mengetahui," tulisnya.

    Menerusi status itu juga lelaki terbabit mendakwa mengetahui sikap licik Aliff ketika di dalam dan luar set penggambaran. Kami cuba menyelesaikan masalah ini dengan awak, namun awak masih mahu melawan balik.

    "Alhamdulillah, selepas dibebaskan awak meminta maaf secara terbuka atas perbuatan awak terutamanya terhadap isteri yang tidak sepatutnya menerima layanan sedemikian. Saya menghormati tindakan awak, tetapi awak buat saya marah apabila membabitkan Afifah," tulisnya.

    Wan Ariff turut memaklumkan akan menemani Afifah ke set penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu pada Khamis ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Wan Ariff Mahu Aliff 'Bersemuka' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top