My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 9 August 2017

    Cari Bos Terbaik



    Proton Holdings Bhd (Proton) perlu memilih calon terbaik untuk mengetuai syarikat tanpa perlu mengira faktor mengenai warganegara mereka yang mengetuainya. 

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sesebuah syarikat sukar untuk maju sekiranya terlalu memikirkan mengenai isu warganegara berbanding kebolehan yang dimiliki ketika memilih pemimpin.

    “Kita perlu bersikap terbuka dan perlu melabur untuk mendapatkan bakat. Jika kita terlalu memikirkan sama ada mereka orang luar atau tidak, kita sukar untuk terus maju,” katanya. 

    Menurutnya, Proton juga masih kekal berstatus syarikat Malaysia walaupun melantik pengerusi dalam kalangan warga asing untuk menerajui syarikat. “Kerajaan tidak ada kuasa untuk campur tangan dalam soal pelantikan Pengerusi Proton dan ia terserah kepada lembaga pengarah syarikat. 

    “Namun, sejajar dengan pasaran terbuka, syarikat Malaysia seharusnya keluar daripada kepompong terlalu fokus kepada bakat tempatan sehingga menyebabkan mereka ketinggalan,” katanya. 

    Menurutnya, tidak timbul isu siapa atau dari mana pengerusi dilantik kerana kini terdapat banyak syarikat tempatan yang memiliki pengerusi atau pengurusan kanan daripada warga asing seperti Sime Darby dan Petronas yang melabur untuk memiliki bakat luar.

    “Kita kena terbuka (dalam soal ini) dan melabur untuk memiliki kepakaran yang tepat bagi perkembangan syarikat,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Program GLC ExplorAce 2017, di sini, semalam.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akbar, Sabtu lalu berhubung langkah Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) mencari calon antarabangsa sesuai bagi mengisi jawatan Pengerusi dalam Proton.

    Laporan itu memetik portal industri automotif China, Gasgoo melaporkan, Naib Presiden Geely, Yang Xueliang mengesahkan jawatan berkenaan belum diisi walaupun timbul spekulasi tokoh permotoran terkenal China iaitu Li Chun Rong bakal dilantik.

    Berita itu kemudiannya mencetuskan kebimbangan berhubung status terkini Proton sebagai syarikat Malaysia selepas Geely mengambil alih 49.99 peratus pegangan dalam Proton menerusi urus niaga bernilai RM460.3 juta pada 23 Jun lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cari Bos Terbaik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top