My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 15 December 2017

    Amerika Mencipta Pengganas Melalui Isu Palestin



    Sehingga hari ini, dunia masih lagi membantah keputusan yang diambil oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel dan sekaligus bakal memindahkan kedutaan Amerika ke bandar ketiga paling suci buat umat Islam. Rata-rata pemimpin dunia bimbang, keputusan Amerika ini bakal mengundang keganasan yang mungkin tidak mampu dikawal.

    Sebenarnya, kebimbangan dunia berhubung reaksi pengganas ini, memang ada asasnya. Manakan tidak, isu membabitkan Palestin terutamanya melibatkan Baitulmaqdis memang cukup sensitif dan pantas mengundang simpati buat umat Islam di seluruh dunia.

    Malah, Ketua Paderi Katholik, Pope Francis sendiri memberi amaran akan kemungkinan kewujudan semula kumpulan pengganas yang mungkin akan menyerang mereka yang tidak bersalah di serata dunia terutamanya melibatkan kepentingan Amerika.

    Melihat dari perkembangan semasa, jika kita imbau semula sejarah Amerika dalam menguruskan konflik di Rantau Teluk, sebenaarnya, Amerika sendirilah yang telah mencipta kumpulan-kumpulan pengganas yang mereka sifatkan sebagai kumpulan militan Islam.

    Semasa pentadbiran George H. W Bush Senior, Amerika sering kali mengaitkan sebarang kejadian pengeboman bunuh diri atau aktiviti pengganas dengan negara Libya yang diketuai oleh Allahyarham Muammar Gaddafi. Kebetulan pula, satu kumpulan pengganas Libya telah meletupkan sebuah pesawat penumpang di Lockerbie, Scotland yang mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal.

    Sewaktu pentadbiran Bill Clinton pula, antara episod keganasan yang paling diingati adalah serangan waktu Subuh terhadap kedudukan Presiden Somalia pada ketika itu, Idi Amin yang menyaksikan tentera Amerika dimalukan dengan begitu teruk oleh kumpulan militia. Disinilah punca kewujudan rangkaian pengganas Al Qaeda yang selama ini bersarang di Afghanistan sejak zaman pentadbiran Ronald Reagan.

    Sewaktu pentadbiran George W Bush pula, barulah gerakan Al Qaeda ini menunjukkan belangnya dengan bantuan satu lagi gerakan militan yang kita kenali sebagai Taliban. Dunia dimomokkan dengan nama Osama Ben Laden, Mullah Muhammad Omar dan Ayman Al Zawahiri yang mana setelah Bush tamat penggal pemerintahannya, Osama Ben Laden sebenarnya adalah bekas ejen CIA yang bertugas di Afghanistan sewaktu perang antara negara berkenaan dengan Russia.

    Kumpulan Daesh pula wujud sewaktu Presiden Barrack Hussin Obama mentadbir Amerika. Kegilaan kumpulan ini begitu mudah diresapi oleh kebanyakan kumpulan militan yang menjual agama demi kepentingan peribadi mereka. Hari ini, kumpulan yang dahulunya dikenali sebagai IS atau ISIS, kononnya telah ditumpaskan sewaktu Donald Trump mengambil alih tampuk pemerintahan Amerika.

    Ironinya, baik pemberontakan Allahyarham Muammar Gadafi, Allahyarham Saddam Hussien, Allahyarham Idi Amin, Al Qaeda, Taliban dan Daesh, semuanya bertunjangkan kepada permasalahan Palestin yang tidak pernah padam sejak berdekad lamanya. Kesemuanya wujud kononnya mahu memerangi Israel dan Amerika walhal, pusat operasi mereka begitu jauh daripada Washington.

    Maka dari sinilah wujud teori yang mengatakan, setiap Presiden Amerika pasti akan mewujudkan ancaman kumpulan pengganas bagi membolehkan mereka melancarkan perperangan di bumi Islam terutamanya di Rantau Teluk. Kesemuanya berpaksikan kepada permasalah Palestin - Israel yang mana hari ini, Donald Trump menggunakan helah yang sama sehingga emwujudkan kebimbangan anta
    rabangsa.

    Mungkin terlalu awal untuk membuat rumusan tetapi perhatikan sahaja dalam tempoh setahun, akan ada kebangkitan sebuah kumpulan pengganas yang kononnya mahu memerangi Amerika. Besar kemungkinan, kumpulan berkenaan akan wujud di Iran, Iraq ataupun Syria yang mana Iran merupakan sasaran serangan Amerika sejak sekian lama selain daripada Iraq yang menjadi lubuk permata hitam buat Amerika di Timur Tengah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Amerika Mencipta Pengganas Melalui Isu Palestin Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top