My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 24 December 2017

    Awal Undur Diri Daripada Melodi


    Pengacara popular, Awal Ashaari mengumumkan pengundurannya daripada program hiburan popular, Melodi selepas hampir enam tahun mengendalikannya. 

    Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 36, menerusi satu kenyataan di laman Instagram berkata, sudah tiba masanya dia keluar dari zon selesa dan enam tahun ialah satu tempoh yang cukup untuk kekal dalam sesuatu program.

    “Terima kasih kepada semua pihak pengurusan terutama rakan-rakan penerbit dan wartawan yang berhempas pulas mengisi bahan untuk memastikan Melodi ke udara setiap minggu.

    “Terima kasih kepada semua rakan-rakan gandingan dan artis jemputan sepanjang enam tahun ini yang sudi melayan kerenah saya,” tulisnya.

    Antara pengacara yang pernah mengendalikan Melodi sebelum ini ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud, Raja Azura dan Saiful Apek
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Awal Undur Diri Daripada Melodi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top