My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 21 December 2017

    Padah Merogol Anak Kandung, Bapa Dijel 115 Tahun



    Seorang nelayan sungai dihukum penjara 115 tahun serta disebat 24 kali selepas mengaku salah ke atas lima pertuduhan merogol anak kandungnya sendiri antara Oktober 2013 hingga Oktober baru-baru ini. 

    Tertuduh berasal dari Pekan menghadapi dua pertuduhan merogol anak kandungnya ketika dihadap di Mahkamah Sesyen 1 dan diikuti tiga lagi tuduhan sama di Mahkamah Sesyen 4 di sini.

    Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Sesyen 1, dia mengaku salah atas tuduhan merogol anak kandungnya yang ketika itu masih berusia 16 tahun kira-kira pukul 8.30 malam di atas sebuah rumah rakit di Sungai Pahang pada 20 Oktober 2013.

    Pertuduhan kedua di mahkamah sama, tertuduh turut mengaku salah atas tuduhan merogol mangsa yang ketika itu berusia 17 tahun di tempat dan waktu serupa pada 24 Oktober 2014.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Padah Merogol Anak Kandung, Bapa Dijel 115 Tahun Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top