My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 14 December 2017

    Riad Ganti Aireen



    AirAsia Group Bhd (AirAsia) mengumumkan barisan baharu pengurusan kanan dengan pelantikan ketua pegawai eksekutif (CEO) AirAsia iaitu Riad Asmat menggantikan Aireen Omar berkuat kuasa 10 Januari depan. 

    Riad sebelum ini adalah Pengarah Pengurusan Korporat, Strategi dan Pembangunan Perniagaan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menafikan khabar angin berkaitan hasrat Aireen meninggalkan syarikat penerbangan berkenaan, sebaliknya beliau kini dinaikkan pangkat ke jawatan timbalan CEO kumpulan.

    “Aireen akan mengendalikan bahagian digital, transformasi dan perkhidmatan korporat dan bukan meninggalkan AirAsia seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Langkah ini adalah selaras dengan transformasi AirAsia daripada syarikat penerbangan ke syarikat digital.

    “Pelantikan ini sejajar dengan usaha AirAsia menstruktur semula keutamaan bagi memaksimumkan potensi besar untuk Revolusi Perindustrian 4.0,” katanya dalam pengumuman yang diadakan di ibu pejabat AirAsia RedQ di sini, semalam.

    Aireen juga akan bertanggungjawab terhadap inisiatif kumpulan dan membantu transformasi AirAsia sebagai syarikat global, menggunakan platform dan produk berasaskan Cloud selain menumpukan strategi digital.

    Selain Riad dan Aireen, Captain Adrian Jenkins pula akan meneruskan tugas sebagai ketua pegawai operasi AirAsia dan Bo Lingam sebagai timbalan CEO kumpulan AirAsia. Manakala, Rozman Omar akan meneruskan tugas sebagai pengarah eksekutif AirAsia International Limited (AAIL) iaitu syarikat pegangan untuk semua pelaburan kumpulan AirAsia dalam usaha sama di seberang laut. 

    Fernandes berkata, transformasi digital akan menjadi keutamaan Aireen di mana beliau akan menerajui syarikat bukan penerbangan seperti BigPay, BIG Loyalty, ROKKIShoppe.com, Rokki Portal, Travel360.com, Vidi, RedTix, AirAsiaGo BD4H, Red Cargo, Red Box dan Santan.

    “Melalui inisiatif digital ini, kami berharap untuk melihat penjimatan kos antara lima hingga 10 peratus menjelang akhir 2018,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Riad Ganti Aireen Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top