WAKIL rakyat Republikan di Kentucky, Amerika Syarikat, Dan Johnson, ditemui mati dengan satu kesan tembakan dekat jambatan di Louisville, hari ini, dipercayai membunuh diri berikutan dakwaan serangan seksual terhadap remaja perempuan pada 2013.
Menurut CNN, koroner Daerah Bullitt, Dave Billings, berkata Johnson memandu ke kawasan pedalaman di Louisville itu, meletak kereta dan menembak dirinya di depan kereta. Sebelum kematiannya, senator itu menyiarkan kenyataan panjang di media sosial, menafikan dakwaan serangan seksual dengan menyatakan ‘hanya tuhan yang tahu perkara sebenar’.
Menurut Billing, mayat Johnson ditemui di depan keretanya bersama pistol separuh automatik Seorang wanita, Maranda Richmond, kini berusia 21 tahun, mendakwa Johnson mencabulnya pada hari Tahun Baru 2013 ketika dia berusia 17 tahun.
Wanita itu mendakwa, ketika kejadian dia tinggal di Louisville Heart dan Johnson yang menjadi pastor kawasan berkenaan, mencium dan meraba bawah pakaiannya ketika mabuk. Maranda membuat laporan polis pada April 2013 namun polis menutup siasatan sebulan kemudian tanpa menyoal siasat Johnson.
0 comments:
Post a Comment