My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 22 December 2017

    Rakyat Palestin Rai Resolusi PBB



    Rakyat Palestin hari ini mengalu-alukan resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkaitan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel, lapor agensi berita China Xinhua. 

    Nabil Abu Rdineh, jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dalam satu kenyataan menyebut resolusi itu menzahirkan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap hak-hak rakyat Palestin. 
    "Ancaman Trump kepada anggota PBB tidak menghalang mereka daripada mengundi untuk menyokong resolusi itu," kata Abu Rdineh.

    Trump telah mengancam untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang mengundi menyokong resolusi itu. "Resolusi itu mengulangi fakta bahawa perjuangan rakyat Palestin adalah wajar dan telah mendapat sokongan luar biasa masyarakat antarabangsa," katanya.

    "Deklarasi Trump tidak akan pernah mengubah hakikat bahawa Baitulmuqaddis adalah sebuah wilayah yang diduduki dan oleh sebab itu, undang-undang antarabangsa adalah terpakai di kawasan tersebut," katanya.

    Terdahulu pada hari ini, satu resolusi yang menggesa Washington menggugurkan pengiktirafannya berkaitan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel telah diluluskan dalam sidang tergempar khas Perhimpunan Agung PBB yang dianggotai 193 negara, dengan 128 undi menyokong, sembilan menentang dan 35 berkecuali.

    Resolusi itu menegaskan pendirian tetap PBB berhubung kedudukan kota suci itu sejak 1967. Pendirian itu menyatakan bahawa status muktamad Baitulmuqaddis hendaklah diputuskan menerusi rundingan terus antara Israel dan Palestin.

    Sementara itu, Pergerakan Islam Hamas dalam satu kenyataan menyebut, undian itu berada "di landasan yang betul dan merupakan satu kemenangan untuk rakyat Palestin".
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rakyat Palestin Rai Resolusi PBB Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top