Sepasang warga emas cedera akibat dipukul seorang perompak menggunakan suatu objek dalam kejadian pecah masuk rumah di Jalan Manggis Off Jalan Mendu di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, dalam kejadian pukul 12.55 tengah hari itu, rumah pasangan suami isteri yang berusia 66 dan 72 tahun itu dipecah masuk oleh seorang lelaki dipercayai rakyat tempatan.
Menurutnya, suspek kemudiannya mencederakan kedua-dua mangsa dan menggeledah rumah mereka untuk mencari barangan berharga namun tidak sempat apabila kejadian itu disedari jiran berdekatan.
“Suspek hanya sempat melarikan sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Honda CR-V milik pasangan itu tetapi kenderaan itu ditemui tersadai di Jalan Serian-Bau dengan kesan kemalangan dipercayai terbabas,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
0 comments:
Post a Comment