My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 11 December 2017

    Empat Pemancing Hanyut 20 Jam Terselamat



    Empat lelaki tempatan berdepan detik cemas kira-kira 20 jam selepas bot fiber yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin sehingga dihanyutkan sejauh 17 batu nautika dari Pulau Batu Tiga, Sabah semalam. 

    Dalam kejadian lebih kurang pukul 10 malam tersebut, bot fiber sepanjang tujuh meter yang dinaiki Ali@Cherlie M. Yussof, 62; Wilfred Balang Singa, 38; Jamhari Bujang, 54; dan Amri Ahmad Astor, 33, dihanyutkan ombak besar disebabkan hujan lebat.

    Menurut salah seorang mangsa, Ali, sebelum kejadian mereka menaiki bot berkenaan dari Pohon Batu Labuan dekat sini untuk melakukan aktiviti memancing ikan di sekitar perairan Pulau Tiga pada pukul 4.10 petang, Sabtu lalu.

    “Ketika memancing, disebabkan hujan terlalu lebat bot kami dihanyutkan ombak besar sehingga kami terpaksa melabuhkan sauh bagi mengelakkan daripada terus hanyut ke tengah laut. 

    “Bagaimanapun, tali yang mengikat sauh terputus lalu kami membuat keputusan untuk pulang ke Labuan pada pukul 6 pagi. Dalam perjalanan, enjin bot pula mengalami kerosakkan sehingga bot kami sekali lagi dihanyutkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Empat Pemancing Hanyut 20 Jam Terselamat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top