My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 24 December 2017

    Buruh Kasar Maut Tersepit Dalam Kemalangan



    Seorang buruh kasar maut dipercayai tersepit selepas kenderaan jenis Proton Wira yang dipandunya merempuh sebuah lori di Kilometer 20, Jalan Apas di sini pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 8.35 pagi tersebut, lelaki tempatan berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

    Sementara itu, penumpang kereta terbabit hanya cedera ringan manakala pemandu lori berusia 45 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus memberitahu, sebelum kejadian lori berkenan dalam perjalanan dari arah bandar Tawau menuju ke Balung dekat sini.

    "Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, pemandu lori membuat pusingan U untuk berpatah balik ke bandar Tawau tanpa menyedari kehadiran kereta terbabit di jalan berkenaan.

    "Justeru, dipercayai Proton Wira yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang lori sebelum ia terbabas ke susur sebelah kiri jalan," katanya hari ini. 

    Tambah Fadil, akibat kemalangan tersebut mangsa tersepit di dalam kenderaannya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Buruh Kasar Maut Tersepit Dalam Kemalangan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top