My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 19 December 2017

    Kereta Ketua Pelajar Disembur Cat



    Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) terkejut apabila kereta Perodua Myvi miliknya disembur cat merah dalam kejadian di pekarangan kolej kediaman di kampus universiti itu di Sintok semalam. 

    Muhammad Luqman Jamalil-Idrus, 22, berkata, dia menyedari kejadian ketika mahu menghadiri kuliah pada kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

    “Perodua Myvi warna putih yang saya letakkan di pekarangan Inapan Siswa (Inasis) Tenaga Nasional Bhd. (TNB) disimbah cat warna merah selain diconteng dengan perkataan ‘macai’ HEP (Hal Ehwal Pelajar),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

    Muhammad Lukman berkata, ekoran kejadian itu dia bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kereta Ketua Pelajar Disembur Cat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top