Hasrat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran kelima Kejohanan Badminton Siri Super Akhir tidak kesampaian apabila tewas di pentas final semalam.
Pada aksi yang berlangsung di Dubai itu, Chong Wei, 35, tewas 21-19, 19-21, 15-21 kepada juara bertahan dari Denmark, Viktor Axelsen, 23.
Walaupun menang pada set pertama, namun Chong Wei gagal menyekat kebangkitan pemain No.1 dunia itu pada set kedua dan set penentuan. Chong Wei memenangi Siri Super Akhir sebanyak empat kali iaitu pada edisi 2008 hingga 2010 serta 2013.
0 comments:
Post a Comment