Difahamkan bot pancing berwarna merah dan putih serta berukuran 29 meter x 4.5 meter yang dinaiki tujuh pemancing terbabit karam di kedudukan lebih kurang 97 batu nautika dari barat laut pulau tersebut kira-kira pukul 3 pagi.
Bagaimanapun, lima pemancing dikenali sebagai Sibar, 26, Musimal, 19, Ridzmal, 21, Azmer, 31, dan Algapal, 31, yang menaiki sampan berasingan terselamat selepas menghampiri kapal penghantar barang, MV Executive Balance di perairan tersebut.
Kru-kru MV Executive Balance kemudian membenarkan mereka mendapatkan perlindungan daripada cuaca buruk di atas kapal itu.
Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som memberitahu, sebelum kejadian kesemua mangsa yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan itu dilaporkan meninggalkan Pulau Gaya, Sabah dan menuju ke laut dengan menaiki sebuah bot pancing.
0 comments:
Post a Comment