My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 21 December 2017

    Malaysia Terus Catat Pertumbuhan KDNK Positif



    Malaysia bukanlah sebuah negara gagal seperti didakwa segelintir pihak berikutan kemampuan negara ini untuk terus menarik pelaburan serta mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang positif sejak beberapa tahun lamanya. 

    Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Chua Tee Yong berkata, Malaysia juga terbukti mencatat lebihan perdagangan setiap tahun sejak 1997. “Sehubungan itu, saya amat kecewa apabila pihak pembangkang menuduh kerajaan kita gagal atau Malaysia adalah sebuah negara gagal sedangkan (hakikatnya) kita terus menarik pelaburan serta angka KDNK yang positif. 

    “Kita juga sudah memaparkan kejayaan jumlah dagangan dan eksport yang mencatat peningkatan dua angka,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Kawan Food Manufacturing Sdn Bhd di sini, semalam.

    Chua turut menyelar pihak pembangkang yang disifatkannya bertindak memutarbelitkan fakta mengenai keadaan ekonomi semasa Malaysia demi kepentingan politik dalam pilihan raya umum ke-14 yang akan datang.

    Mengulas rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM), beliau berkata, angka itu sentiasa meningkat dan dipengaruhi kemasukan dan aliran keluar dana asing. ADVERTISING “Inilah sebabnya mengapa pada 1997 lalu rizab antarabangsa kita adalah kira-kira AS$20 bilion dan kini mencecah kira-kira AS$100 bilion,” katanya.

    Kenyataannya itu sebagai mengulas dakwaan pembangkang bahawa rizab mata wang asing BNM berkurangan dan berlaku kerugian. Mengulas lanjut, Chua berkata, setakat akhir November 2017, rizab antarabangsa Malaysia adalah pada AS$101.9 bilion dan memadai bagi menampung 7.5 bulan import tertangguh.

    “Jumlah rizab semasa itu adalah lima kali ganda melebihi AS$21.7 bilion yang dicatat pada 1997 yang hanya memadai untuk menampung 3.4 bulan import tertangguh,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malaysia Terus Catat Pertumbuhan KDNK Positif Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top