Seorang lelaki berhadapan hukuman penjara selama 15 tahun atas kesalahan mendera isterinya sehingga mati dalam satu kejadian mengerikan baru-baru ini.
Maxim Gribanov, 34, dikatakan mendera isterinya, Anastasia Ovisiannikova, 28, selepas mangsa memaklumkan dia ingin meninggalkan suaminya selepas menemui cinta baharu. Gribanov yang berang dengan pengakuan isterinya bertindak menumbuk dan menendang isterinya selama beberapa jam di kediaman mereka yang terletak di bandar Lebedyan, barat Rusia.
Dia sempat merakam gambar keadaan tubuh Ovisiannikova yang dipenuhi dengan kesan lebam bagi menunjukkan kepada rakannya. Bagaimanapun, serangan penderaan itu mengakibatkan Ovisiannikova mengalami kecederaan dalaman yang serius menyebabkan dia koma dan meninggal dunia enam hari kemudian.
Jurucakap polis, Yulia Kuznetzova berkata, suspek mengaku bersalah atas dakwaan memukul dan mendera isterinya sehingga mati. Gribanov kini berhadapan dengan hukuman penjara selama 15 tahun kerana menyebabkan kematian isterinya dengan niat.
0 comments:
Post a Comment