My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 19 December 2017

    Peningkatan Gaji Dijangka Sekitar 7 Peratus



    Pasaran pekerjaan dijangka menikmati peningkatan gaji sekitar enam hingga tujuh peratus selari dengan unjuran pertumbuhan sederhana dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.5 peratus pada 2018.

    Malah, ia turut hampir seiring dengan Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia oleh Bank Dunia yang yakin Malaysia mampu mencapai status negara ekonomi berpendapatan tinggi, melepasi Pendapatan Negara Kasar (GNI) perkapita AS$12,236 (RM49,990) antara tahun 2020 hingga 2024. 

    Ketua Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank, Dr Kamaruddin Mohd Nor berkata, pihaknya optimis perkembangan ekonomi pada tahun depan dapat dicapai sepenuhnya memandangkan pasaran pekerjaan berada pada paras stabil 3.3 peratus pada tahun ini.

    Beliau berkata, pencapaian ekonomi yang cemerlang juga dapat diraih memandangkan negara mempunyai prestasi yang kukuh di samping inflasi dalam sektor perdagangan global.

    "Meskipun unjuran pada 2018 adalah lebih rendah berbanding tahun ini iaitu 5.8 peratus, namun ia dilihat sebagai angka yang relevan dengan pengukuhan dalam pasaran pekerjaan, dagangan global dan prestasi konsisten.

    “Selain itu, Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO) juga mengunjurkan perdagangan dunia akan turun kepada 3.2 peratus daripada 3.6 peratus tahun ini dan ini antara faktor yang akan memberi kesan kepada ekonomi kita,” katanya pada taklimat media Pasaran Prospek Ekonomi 2018 di sini, semalam.
    Dalam taklimat berkenaan, tahun 2018 bakal menyaksikan kadar inflasi sekitar 2.8 peratus, kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.25 peratus, bajet defisit 2.9 peratus dan paras hutang kepada KDNK sebanyak 52.5 peratus.

    Mengulas lanjut, Dr Kamaruddin berkata, ringgit juga akan berlegar sekitar RM3.95 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi nilai hujung tahun dan nilai purata RM4.00 pada 2018 berbanding RM4.05 dan RM4.32 pada tahun ini.

    “Berdasarkan kepada prestasi tahun ini setakat ini, mata wang kita mempunyai pencapaian yang terbaik berbanding mata wang lain di rantau Asia. Kita juga berharap harga komoditi akan menunjukkan peningkatan di samping jangkaan terhadap Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan OPR sebanyak 25 mata asas yang akan menyokong ringgit dalam tempoh terdekat,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Peningkatan Gaji Dijangka Sekitar 7 Peratus Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top