My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 22 December 2017

    Barca Tunggu Real Datang



    Real Madrid bersikap realistik untuk cuba menamatkan rekod 24 perlawanan tanpa kalah Barcelona ketika kedua-dua pasukan bakal buat perhitungan pada aksi El Clásico, malam esok. Kemenangan begitu penting buat Real untuk mengekalkan kejuaraan La Liga. 

    Barca ketika ini mendahului saingan liga dan dibezakan 11 mata dengan Real tatkala skuad Los Blancos masih kurang satu perlawanan. Bagaimanapun, Barcelona pasti masih mengingati aksi terakhir mereka di Santiago Bernabeu pada saingan Piala Super Sepanyol, Ogos lalu yang menyaksikan Real menang 5-1 secara agregat.

    Selepas penghijrahan Neymar, Barca harus berterima kasih kepada pertahanan kiri, Jordi Alba yang berada pada aksi terbaik untuk menampung ketiadaan bintang Brazil berkenaan terutama ketika melakukan serangan di sebelah kiri.

    “Masih banyak ruang untuk saya maju lebih ke depan dan secara jujurnya, ia bertambah baik,” kata bintang antarabangsa Sepanyol itu. Kecemerlangan itu turut beri manfaat buat Lionel Messi apabila tiga daripada enam bantuan gol yang dihasilkan Alba adalah kepada bintang Argentina berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Barca Tunggu Real Datang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top