Manakan tidak, baru 12 hari memasuki bulan Disember, titah murka Paduka Tuanku terhadap Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir yang Baginda sifatkan sebagai seorang yang amat merbahaya terhadap perpaduan negara, disanggah oleh seorang hamba rakyat yang hanya mencari rezeki di negeri Selangor dan bukannya anak kelahiran negeri tersebut.
Nama Datuk Zaid Ibrahim pantas menjadi buah mulut setiap rakyat Selangor dan kaum Melayu yang masih menjunjung tinggi kedudukan Istana. Kebiadaban ahli DAP dari kaum Melayu ini memang cukup meledak apatah lagi UMNO yang menjadi parti pejuang kaum Melayu sedang bersidang di PWTC.
Akibatnya, seorang anak Melayu yang bernama Datuk Seri Jamal Md Yunus ditahan oleh pihak PDRM atas alasan mengugut Zaid Ibrahim semasa beliau melakukan demo di hadapan PWTC yang kononnya mahu menukul kepala Zaid kerana keceluparannya melawan Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor.
Tidak terhenti setakat itu, Mahathir yang juga Pengerusi Harapan nampaknya berkerat rotan berpatah arang dengan Istana Darul Ehsan. Disebabkan keengganannya memohon maaf dalam isu bugis yang telah melukai hati Baginda Tuanku Sultan Selangor dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Mahathir sanggup memulangkan 2 pingat yang diterimanya dahulu.
Bagi kalangan penyokongnya, pemulangan ini tidak memberi apa-apa makna namun bagi mereka yang menyayangi institusi Di Raja, pemulangan 2 pingat ini walaupun tiada arahan dari pihak istana, seolah-olah menggambarkan Mahathir cuba memperlekehkan istana dan terus menjulang tinggi egonya.
Boleh juga dianggap, tindakan Mahathir ini seoolah-olah cuba bertindak biadab terhadap Kebawah Duli-Duli Tuanku dan memperlihatkan akan dirinya tidak boleh ditegur dan di murkai. Melihat kepada 2 kes ini, adakah masih ada sifaat menghormati Paduka Raja-Raja Melayu dikalangan para pemimpin pembangkang hari ini?
Untuk soalan di atas, sehingga hari ini, boleh dikatakan hampir semua pemimpin pembangkang sudah mula menunjukkan belang mereka dengan perlahan-lahan mengajak penyokong mereka untuk tidak lagi memperakui Paduka Raja-Raja Melayu sebagai simbol dan payung negara. Jika Pengerusinya sendiri sudah biadab, apatah lagi orang-orang di bawah Mahathir?
Bagi mereka yang memahami kedudukan tinggi Paduka Raja-Raja Melayu, tindakan Mahathir dan Zaid ini jelas menampakkan mereka akan menghumban jauh peranan Raja-Raja Melayu seandainya mereka berkuasa kelak.
Bukan satu perkara mustahil andai di satu hari nanti, selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan, Malaysia yang mempunyai 9 orang Sultan akan dipinggirkan dan pada ketika itu, mungkin juga pada tarikh 31 Ogos, Perdana Menteri Pakatan Harapan akan mengumumkan bahawa Malaysia bukan lagi negara Raja BerPerlembagaan sebaliknya bertukar menjadi Republik Rakyat Malaysia!
* Artikel diterbitkan pada 13 Disember 2017
0 comments:
Post a Comment