Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dipercayai dibunuh rakan sekerja dalam kejadian di kebun betik di Kampung Tanjung Bangkong, Malim Nawar di sini pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa, SP. Baik Sang Nawl, 35, yang bekerja di kebun tersebut ditemui majikannya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di atas katil di sebuah rumah di kebun berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng. Kong Soon berkata, soal siasat terhadap majikan mendapati mangsa tinggal di rumah tersebut bersama seorang lagi rakan senegaranya yang turut bekerja di situ.
“Pemeriksaan mendapati mangsa ditemui dengan beberapa kesan luka pada muka dipercayai dipukul dengan objek tumpul. Polis turut menemui sebatang kayu dengan kesan darah dipercayai senjata yang digunakan suspek di bawah katil mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
0 comments:
Post a Comment