Selepas membawa pulang trofi itu, Ronaldo membuat kenyataan jelas bahawa dia masih berada di kemuncak prestasi dan mahu meneruskan karier bersama The Galacticos sehingga ke akhir kariernya.
“Saya berharap masih boleh bermain di peringkat tertinggi untuk tempoh beberapa tahun lalu. Persaingan antara saya dan Messi akan bersambung lagi, kami akan lakukan terbaik buat kelab masing-masing.
“Saya fikir banyak perkara berlaku mempunyai sebab tersendiri. Saya masih di tahap terbaik dan kita lihat apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Saya gembira berada di Real dan jika boleh saya mahu kekal atau menamatkan karier saya bersama kelab itu,” katanya.
Ia adalah tahun kedua berturut-turut Ronaldo memenangi anugerah pemain terbaik anjuran Persatuan Bola Sepak Perancis itu selain dia juga dinamakan sebagai Pemain Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016-2017 pada Oktober lalu. Ronaldo memenangi Anugerah Ballon d’Or pada 2008 bersama Manchester United disusuli 2013, 2014 dan 2016 bersama Real sebelum ini.
0 comments:
Post a Comment