My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 19 December 2017

    Lupus Orang Mati Guna Cecair Alkali



    Sebuah majlis perbandaran tempatan di sini membenarkan orang ramai untuk melupuskan mayat ahli keluarga mereka dengan kaedah baharu iaitu persemadian cecair. 

    Kaedah itu memerlukan mayat dimasukkan ke dalam sebuah tong keluli yang berisi bendalir larutan alkali sebelum dipanaskan antara dua jam setengah hingga tiga jam untuk mempercepatkan proses penguraian semula jadi jasad dan tulang.

    Selepas itu, cecair dianggarkan sebanyak 1,500 liter akan dilepaskan ke dalam longkang, manakala serpihan tulang hancur akan ditapis dan dimasukkan ke dalam sebuah bekas sebelum diserahkan kepada waris keluarga.

    Majlis Perbandaran Sandwell dekat sini berharap menjadi pihak pertama di Britain menggunakan teknik persemadian itu yang didakwa sudah digunakan di beberapa tempat di Kanada dan Amerika Syarikat.

    Agensi perbandaran itu turut memberikan kebenaran kepada Pusat Pembakaran Mayat Rowley Regis untuk memasang alat pelupusan mayat kaedah cecair atau Resomator yang berharga £300,000 (RM1.6 juta) di premis mereka.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lupus Orang Mati Guna Cecair Alkali Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top