My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 15 December 2017

    'Tiada Laporan Kecemasan'



    ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan tidak menerima panggilan kecemasan berhubung Ribut Tropika Kai-tak yang dikesan 1,184 kilometer (km) di timur laut Sandakan, 5 petang semalam. 

    Berdasarkan amaran ribut dikeluarkan laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), ribut itu dilaporkan pada kedudukan Latitud 11.1 dan Longitud 127.4 timur, kira-kira 534 kilometer timur laut Mindanao, Filipina. Pegawai APM Zon Sandakan Leftenan Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan berterusan di daerah ini.

    "Setakat ini, tiada laporan atau panggilan kecemasan berhubung ribut itu. Keadaan cuaca baik, namun kadang-kala ada peningkatan taburan hujan," katanya ketika dihubungi, semalam.

    Sementara itu, tinjauan media di sekitar Bandar Sandakan sejak 6 petang semalam mendapati, cuaca hujan dan ada kalanya lebat sehingga 8.30 malam.

    Terdahulu, menurut laporan itu, Ribut Tropika Kai-tak bergerak perlahan ke arah barat daya dengan perlahan namun tiada kesan signifikan terhadap Malaysia. Berdasarkan amaran itu juga, ia dikesan sejak 2 pagi semalam dan sudah lima amaran dikeluarkan sejak 4.23 pagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Tiada Laporan Kecemasan' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top