Barcelona berjaya memalukan musuh tradisi mereka, Real Madrid 0-3 dalam aksi pertembungan 'El Clasico' pertama musim ini di Santiago Bernabeu.
Jaringan menerusi Luis Suarez, gol penalti daripada bintang Argentina, Lionel Messi dan jaringan lewat Aleix Vidal meranapkan impian Real untuk meneruskan kegembiraan mereka setelah ditabalkan selaku juara Piala Dunia kelab FIFA minggu lalu.
Barca yang turut mengekalkan rekod tanpa kalah mereka saingan La Liga, semakin meninggalkan juara bertahan musim lalu, Real dengan 14 mata ditangga keempat, rekod jurang paling jauh pernah dilakukan ke atas pencabar utama mereka itu.
Perlawanan tersebut bermula seimbang pada babak pertama, namun Real mula kehilangan momentum pada babak kedua selepas Suarez meledakkan gol pertama.
Tuan rumah juga terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain apabila pertahanan kanan, Dani Carvajal dilayangkan kad merah kerana menampan bola dengan tangan dalam kotak penalti, sekali gus memberi peluang Messi menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua.
0 comments:
Post a Comment