My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 21 December 2017

    Siapa Yang Merosakkan Bangsa Sendiri Sekarang?


    Sejak sekian lama, MCA adalah salah sebuah parti selain Parti gerakan yang membela dan memperjuangkan nasib kaum Cina di negara ini. Perjuangan parti ini bukan baru malah sejak tertubuhnya gabungan Parti Perikatan pada tahun 1955, komitmen MCA dan Gerakan memang tidak pernah berkurangan dan sentiasa menjadi suara komuniti Cina di negara ini.

    Justeru, memang satu perkara yang cukup menghairankan apabila DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menempelak MCA dan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong lai yang dikatakan hanya memalukan kaum Cina apabila bersependapat dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa, DAP dan Lim Kit Siang hanya membawa kehancuran buat negara dari kebaikan.

    Sebelum ini, Datuk Seri Liow dalam satu temubual memberitahu, negara berhadapan dengan kehancuran terutamanya dari segi nilai perpaduan antara kaum, seandainya Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP mentadbir negara. Ini adalah kerana, DAP dan Lim Kit Siang sendiri telah menunjukkan belangnya yang mahu melihat kesepakatan antara kaum di negara ini berpecah belah.

    Sebenarnya, apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Liow itu memang ada asasnya. Manakan tidak, sejak memperolehi mandat yang agak besar di dalam Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, DAP semakin menunjukkan belangnya dengan sewenang-wenangnya mempersenda kesucian agama Islam dan hak Ketuanan Melayu di Malaysia.

    Hal ini tidak pernah berlaku sebelumnya dan bukanlah perkara yang agak menghairankan apabila Datuk Seri Liow tampil kehadapan dengan menyetujui pendapat yang dilontarkan oleh Presiden UMNO dan PAS ini. Beliau bukannya mahu memalukan bangsanya sendiri cuma beliau bersuara atas kapasiti salah seorang pemimpin utama Barisan Nasional yang menyintai keamanan dan kestabilan.

    Hari ini, apa yang dilakukan oleh DAP terutamanya kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP lah yang telah memalukan kaum Cina. Sebelum ini, ramai yang beranggapan, kaum Cina pandai menguruskan ekonomi namun apa yang diserlahkan oleh DAP di Pulau Pinang, mereka lebih berminat menjarah hasil negeri dari menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang.

    Siapa dapat menafikan bahawa Pulau Pinang mencatatkan angka banjir kilat tetinggi di negara ainis ejak berjaya membentuk kerajaan sejak 2013. Sekurang-kurangnya 122 kali kejadian banjir kilat berlaku. Malah, kejadian tanah runtuh juga kerap dilaporkan di negeri berkenaan. Sekarang, siapa yang memalukan bangsa sendiri dengan mengambil deretan contoh kegagalan pentadbiran DAP di Pulau Pinang?

    Datuk Seri Liow bersetju dengan pendapat Presiden UMNO dan PAS bukanlah melambangkan beliau seorang yang rasis. Beliau menyetujui pendapat ini atas kapasiti beliau sebagai seorang rakyat Malaysia yang menyintai kemanana dan kestabilan ekonomi. Sangat jelas sekali, beliau tidak mahu melihat keamanan yang dinikmati hari ini hancur disebabkan ketidak mampuan DAP dan Pakatan Harapan mentadbir Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Siapa Yang Merosakkan Bangsa Sendiri Sekarang? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top