My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 22 December 2017

    Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar Dialihkan



    Sesuatu yang harus diakui adalah, sekitar kawasan Medan Pasar merupakan antara yang seringkali mengalami kesesakan terutamanya di waktu puncak. Kesesakan ini sedikit sebanyak disumbangkan oleh kehadiran bas antara bandar yang menjadikan lokasi berkenaan sebagai Hentian Akhir Bandar (HAB) yang melibatkan 50 bas yang dikendalikan oleh syarikat Selangor Omnibus Co Bhd dan Setara Jaya Sdn Bhd.

    Melihat akan kesesakan yangs ering berlaku ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) hari ini dalam satu kenyataan menyatakan, HAB berkenaan akan dialihkan berkuatkuasa Sabtu ini, 23 Disember 2017. Ini bermakna, hentian Medan Pasar (berhampiran HSBC) akan menjadi hentian bas biasa bermula dari tarikh berkenaan.

    Menerusi kenyataan yang sama, SPAD memberitahu, perkhidmatan yang terbabit bagi Selangor Omnibus adalah bagi laluan 100, 103, 104, 107, 120, 121 dan 122, manakala bagi Setara Jaya adalah laluan 151 dan 152. Bas -bas tersebut akan menamatkan perjalanan di HAB Lebuh Pudu di hadapan Emporium Mydin Sinar Kota, yang terletak 350 meter daripada HAB Medan Pasar.

    Menurut kenyataan itu lagi, SPAD telah mempamerkan maklumat berkenaan kepada penumpang di dalam bas-bas terlibat serta di HAB Medan Pasar dan Lebuh Pudu sejak minggu lepas. Bagi mempermudahkan penumpang, kakitangan daripada Selangor Omnibus, Setara Jaya, dan SPAD akan ditugaskan bermula hari Sabtu ini, di hentian Medan Pasar bagi memantau proses peralihan.

    Dengan perpindahan ini, akan terdapat tiga HAB di dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur, iaitu HAB Munshi Abdullah bagi koridor Ampang, HAB Pasar Seni bagi koridor Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama dan HAB Lebuh Pudu, yang mana akan merangkumi bas-bas yang menjalankan perkhidmatan bagi koridor laluan Cheras, Sungai Besi, Jalan Ipoh dan Jalan Pahang. HAB Lebuh Pudu juga digunakan oleh bas-bas Nadi Putra, Seri Indah dan RapidKL.

    Untuk maklumat lanjut, para pengguna boleh menghubungi hotline SPAD di 1-800-88-7723 atau melalui facebook.com/SPAD.my atau Twitter di @SPADchannel atau melalui laman sesawang SPAD www.spad.gov.my. Selain daripada itu, pengguna boleh menghubungi Selangor Omnibus di talian 03-6258 1579 atau Setara Jaya di talian 03- 4021 7692.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar Dialihkan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top