My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 8 December 2017

    Misteri Kes Pembunuhan Wanita Hampir Selesai



    Polis percaya telah dapat menyelesaikan misteri kes pembunuhan seorang wanita Sabtu lepas dengan penahanan seorang lelaki tempatan pada 7.30 pagi Isnin lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata siasatan awal mendapati masalah hutang mungkin antara punca kematian mangsa susulan penangkapan suspek berusia 25 tahun itu, yang juga bekas teman lelaki mangsa. 

    “Mangsa telah dikenal pasti oleh anggota keluarga sebagai seorang janda berusia 52 tahun dan mempunyai tiga anak serta dikenali dengan nama Yeong Musa dari Mukah,” katanya dalam sidang media, di sini kelmarin.

    Suspek direman tujuh hari hingga 11 Disember depan, manakala bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dilakukan pada 9 pagi ini di Hospital Miri.

    Beliau berkata identiti mangsa diketahui setelah pasukan penyiasat berjaya mengesan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Mukah pada 3 Disember yang melaporkan tentang mangsa telah keluar dari rumah di Mukah pada 27 November dan tidak pulang.

    Dev berkata mayat mangsa dipercayai dibuang ke dalam sungai pada 30 November dan ketika ditemukan pada Sabtu lepas wajah mangsa mempunyai kesan kecederaan. “Sebuah kereta Proton Iswara milik suspek telah dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

    Untuk rekod, mayat mangsa ditemukan terapung oleh seorang nelayan di Sungai Miri berdekatan dengan Kampung Pulau Melayu pada 6.30 pagi Sabtu lepas. Ketika ditemukan mayat mangsa berpakaian lengkap, kepala dibungkus dengan guni yang diikat pada bahagian pinggang, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, sudah berbau dan reput.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Misteri Kes Pembunuhan Wanita Hampir Selesai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top