My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 14 December 2017

    Elyana Luah Rasa Kecewa Dihina



    Penyanyi Elyana mengucapkan terima kasih apabila terdapat segelintir peminat mengecam dan menuduhnya sengaja mahukan perhatian selepas mengumumkan dirinya penghidap kanser limfoma tahap empat. 

    Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal, menulis luahan terima kasih berbaur kecewa itu di laman Instagram miliknya. "Terima kasih kerana menghina wanita ini. Terima kasih kerana mendoakan saya cepat mati. Terima kasih juga yang mengambil kesempatan menuduh saya inginkan perhatian.

    "Terima kasih juga yang menuduh tanpa bertanya cerita sebenar dan kata saya bercakap bohong pasal sakit ini.

    "Terima kasih juga untuk anda yang gembira apabila saya sering dimalukan di khalayak ramai. Terima kasih semua. Tak apalah... Mungkin anda belum lagi berasa apa yang saya rasai selama ini," tulisnya sambil disertakan sekeping gambar dirinya menjalani rawatan kemoterapi pada bulan Ramadan lalu.

    Pada bahagian akhir luahan berkenaan, pelantun lagu Bukannya Satelit itu turut menegaskan bahawa dia merupakan pesakit kanser tahap empat seperti yang diumumkan ketika tersingkir di minggu kelima konsert Gegar Vaganza musim keempat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Elyana Luah Rasa Kecewa Dihina Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top