Ramai dikalangan pemimpin Pakatan Harapan mendakwa, tidak ada yang berubah seandainya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke 4 kelak. Mereka mendakwa, kebimbangan akan entiti agama Islam dan kaum Melayu akan terjejas sebaik mereka berkuasa, hanyalah propaganda UMNO dan Barisan Nasional semata-mata.
Namun begitu, jika kita lihat segala perilaku dan corak pentadbiran mereka di Selangor dan Pulau Pinang, apa yang mereka dakwa berkenaan hanyalah sekadar retorik semata-mata. Pelbagai drama dan insiden berlaku disebabkan rasa marah dan tidak puas hati umat Islam dan kaum Melayu di kedua-dua negeri berkenaan.
Bermula dengan konflik penggunaan kalimah Allah sehinggalah Oktober Fest yang mengundang kemarahan hampir kesemua umat Islam di negara ini, kedua-dua kerajaan Pakatan Harapan di Selangor dan Pulau Pinang langsung tidak memperdulikan apa jua bantahan yang disuarakan.
Mereka menjulang tinggi ego dan alasan hak kesamarataan antara kaum walhal, konflik yang berlaku bukan lagi melibatkan kaum, malah membabitkan ketegangan agama. Lebih memburukkan keadaan, mereka seolah-olah semakin hilang hormat kepada Kebawah Duli-Duli Tuanku yang menjadi payung negara dan Ketua Agama Islam di negara ini.
Mana perginya ikrar taat setia rakyat Malaysia yang dilafazkan menerusi Rukun Negara? Bukankah sudah termaktub bahawa Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Raja BerPerlembagaan yang meletakkan Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ditempat yang tertinggi?
Bagi DAP pula, kelancangan beberapa orang pemimpinnya yang ecara terang-terangan menghina kaum Melayu menampakkan parti berkenaan benar-benar mahu menghapuskan Hak Ketuanan Melayu di tanahairnya sendiri. Lihat sahaja keceluparan dan kebiadaban Nga Kor Ming, R. S. N Rayer, Tony Pua dan ramai lagi yang sewenang-wenangnya memperlekehkan kaum Melayu.
Justeru, tidak keterlaluan andai kita menyatakan, seandainya Pakatan Harapan berjaya membentuk sebuah kerajaan sebaik usai pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 kelak, walaupun Perdana Menterinya dari kaum Melayu, Islam dan Melayu itu sendiri akan perlahan-lahan terkubur dan tiada lagi hak istimewa Islam dan Ketuanan Melayu di Malaysia.
* Artikel diterbitkan pada 19 Disember 2017
0 comments:
Post a Comment