My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 9 December 2017

    Pesawat, Kereta Kebal Israel Bedil Gaza


    TENTERA Israel melancarkan serangan udara dan bedilan kereta kebal terhadap dua pos yang didakwanya milik militan (Palestin) di Semenanjung Gaza hari ini, selepas tiga roket di tembak ke arah wilayah Israel. 

    Siren serangan dibunyikan di beberapa lokasi dalam wilayah Israel yang bersempadan dengan Gaza. Dua roket yang dilancarkan ke arah Israel jatuh ke dalam wilayah Palestin manakala yang ketiga, jatuh ke kawasan lapang wilayah Israel.

    Serangan roket itu tidak menyebabkan kecederaan, kematian atau kemusnahan harta benda. Difahamkan, serangan Israel terhadap dua pos tinjau di Gaza itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kematian.

    Kumpulan Salafi di Gaza yang digelar Al-Tawheed Brigades yang tidak sehaluan dengan Hamas, mengaku melancarkan roket terbabit.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pesawat, Kereta Kebal Israel Bedil Gaza Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top